Minggu, 24 Oktober 2010

BELAJAR CARA SISTEM PQRST
 
             Anda sedang menduduki peperiksaan bulanan. Anda yakin bahawa anda sudah mengulang kaji mata pelajaran dengan sempurna. Setiap muka surat dan penjuru buku teks serta buku panduan sudah dibaca. Tiba-tiba apabila anda membuka kertas soalan, semua fakta tadi hilang daripada ingatan! Anda mula gugup tetapi cuba menjawab juga walaupun kurang lengkap. Apabila kertas peperiksaan dikembalikan, anda tidak mendapat markah tinggi. Anda berasa peperiksaan yang memerlukan daya ingatan kuat tidak sesuai untuk anda. Ini baru peperiksaan bulanan. Bayangkan ia peperiksaan akhir tahun atau PMR atau SPM, lagi banyak fakta perlu diingati. Nampaknya, keinginan menjadi pelajar terbaik, mustahil!
            Kemungkinan besar seseorang terlupa apa yang dipelajari kerana dia kurang daya ingatan atau kurang memahami tajuk berkenaan. Bagaimanakah anda mengulang kaji pelajaran? Adakah anda membaca buku teks dan buku panduan sahaja? Membaca buku teks tanpa membuat nota atau sebarang gambar rajah yang mencerminkan pemahaman anda, boleh mengurangkan daya ingatan.
            Cubalah konsep PQRST yang dipelopori EL Thomas dan HA Robinson dalam buku mereka Improving Reading in Every Class.

Improving Reading in Every Class.
Preview (Mengimbas Tajuk-Tajuk Penting)
Selalunya perkataan Preview dikaitkan dengan tontonan wayang. Sebelum wayang bermula, pawagam menayangkan pratonton filem yang bakal ditayangkan dengan ringkasan ceritanya. Dengan memilih senario menarik atau penting, anda dapat memahami jalan cerita itu secara ringkas.
Anda boleh menggunakan konsep sama sewaktu belajar. Sebelum memulakan sesuatu bab, lihat tajuk utama dan tajuk-tajuk kecilnya. Contohnya apabila anda mempelajari hal sesebuah negara dalam mata pelajaran Geografi, tajuktajuk kecilnya mungkin Bentuk Muka Bumi dan Saliran, Cuaca, Tumbuhan Semula Jadi, Penduduk, Ekonomi, Bandar-Bandar Utama, Pertanian, Perindustrian, Eksport dan
Import Utama serta Pelabuhan Pendng. Tajuk-tajuk kecil menjadi rangka kepada maklumat berkenaan negara itu.
Question (Menyoal)
Daripada rangka ini, tanya diri anda apakah isi pentingnya. Misalan, apakah bentuk muka bumi India? Tanaman utamanya? Dengan menyoal, anda boleh mengaitkan kawasan yang curam ditanam teh dan kawasan landai ditanam padi. Cara ini, anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih jelas. Lihat satu lagi senario. Kalau anda menuang air yang menggelegak ke dalam bekas gelas tipis dan tidak tahan panas, anda memahami bahawa bekas ini pecah kerana ciri-ciri bekas itu tidak dapat menahan kepanasan air. Dengan pemahaman ini, anda mengurangkan beban mengingati fakta - anda memahaminya dengan logik.
Read(Membaca)
Dengan memahami kaitan sesuatu, membaca sesuat tajuk menjadi lebih bermakna kerana setiap ayat menjawab soalan anda sendiri yang diambil daripada rangka topik Dalam mengulang kaji, anda tidak boleh lari daripada membaca.
Self-Recitation (Menyebut Satu-Persatu)
Apabila anda sudah membaca, anda perlu mencatat melakarkan suatu gambar rajah berhubung pemahaman anda. Baca isi penting kepada diri anda dengan kuat. Lebih baik sekiranya fakta ini datang daripada soalan yang ditanya sendiri sebelum ini. Kemudian cuba baca catatan tanpa melihat kertas berkenaan. Dengan cara ini, apabila ingin mengingati sesuatu dalam peperiksaan, anda boleh membayangkan diri anda membaca fakta tadi dan memahami rangkaian isinya dengan lebih baik. 

Test (Ujian)
Untuk mengetahui sama ada anda memahami dan ingati fakta dengan sebaiknya, cara terbaik ialah menguji dari sendiri. Anda boleh meminta bantuan kawan menyoal anda mengenai isi-isi penting serta huraiannya. Lebih baik lagi pilih soalan tahun-tahun lepas yang berkaitan tajuk anda pelajari dan menjawabnya dengan terperinci. Jangan Iihat buku atau kertas catatan anda! Apabila anda selesai barulah anda menyemak jawapan ujian tadi. Sekiranya tertinggal beberapa fakta, catatkan di tepi kertas jawapan supaya mudah anda rujuk sewaktu ulang kaji.
Proses PQRST ini mengambil masa, jadi mulalah ulangkaji anda awal-awal lagi. Moga-moga, anda akan lel sedia menghadapi peperiksaan.

Sumber ; JELITA, JULAI 1997, M/S 64

Tidak ada komentar:

Posting Komentar